Tuesday, August 28, 2012

Alfafa yang rangup

Suasana dingin di bdi bumi Scotland sangatlah nyaman. Pengalaman yg tidak mungkin berulang kembali. Masa yang berlalu, tetap berlalu, tetapi kenangan tetap terpahat di sanubari. Alhamdulillah, maka nikmat Tuhanmu yg mana satu hendak kamu dustakan - kata Allah dalam Surah Ar-Rahman.

Setiap hari melangkah ke kampus, kami suami isteri pasti  menyediakan bekal sebagai langkah berjimat cermat. Di sana, kami merupakan golongan miskin, tetapi tidak layak menerima bantuan kerajaan kerana kami tidak dilahirkan disana. kami berjimat cermat untuk memastikan perbelanjaan sara hidup kami cukup tiap-tiap bulan dan tidak berhutang. Salah satu bekal ringkas yang sempat disediakan adalah sandwich.

Telur direbus sepenuh masak, kemudian di hancur-hancurkan. Untuk menambah rasa, diletakkan sedikit lada sulah, lada hitam, mayonis dan sedikit garam. Roti lebih kurang 30 pence saki baki penghabisan stok di SCOTMID, diambil 2 keping, lalu disapu dengan butter yang dibeli di ASDA. Setelah itu, lalu dilepa dengan telur campuran tadi serata-ratanya. Kemudian, direntap sedikit demi sedikit pokok berupa anak pokok tauge yang dibeli di ASDA pada suatu hujung minggu. Anak pokok itu kemudiannya ditabur diatas telur tadi, setelah itu baru dilapikkan dengan sekeping lagi roti. Proses yang sama diulang buat bekalan suami pula.

Satu set sandwich tersimpan kemas dalam tupperware untuk dijamah semasa waktu rehat selepas kelas yang pertama nanti.

Bagaimana agaknya nikmat hidangan sebegitu, di musim sejuk, bila bercakap, asap berkepul-kepul keluar dari mulut? Alhamdulillah, maka nikmat Tuhanmu yg mana satu hendak kamu dustakan - kata Allah dalam Surah Ar-Rahman.

Baru-baru ini, baru saya ketahui itu adalah alfafa - sama seperti alfafa SHAKLEE yang digemari ramai sekarang. Betapa "ignorant" nya saya terhadap label pada sayuran itu semasa membeli di ASDA. Membeli sesuatu tanpa melihat label! Bahaya! Mungkin boleh tersalah beli!

Alfafa yang hadir dalam 2 saiz, 330 tab, 700 tab.

Alfafa dalam bentuk tablet telah diringkaskan, dan sebenarnya ternyata lebih nilai untuk wang anda, boleh jimat masa dan tenaga dari pergi mencari alfafa dalam bentuk yang asal. Ia juga sesuai untuk mereka yang tidak menggemari sayuran. Seperti yang diketahui umum, SHAKLEE memberi jaminan bahawasa produk-produk keluaran SHAKLEE adalah diperbuat dari sumber yang asli, sesuai untuk golongan vegetarian, vegan dan dijamin HALAL.

Mereka yang sering mengambil alfafa terdiri dari golongan ibu-ibu yang sedang menyusu-badan kan bayi-bayi. MashaAllah! maka nikmat Tuhanmu yg mana satu hendak kamu dustakan - kata Allah dalam Surah Ar-Rahman. Beruntung sangat ibu-ibu ini kerana berupaya memberikan susu yang istimewa buat bayi-bayi mereka dan tabahnya segelintir mereka ini dalam menghadapi cabaran menyusu. Salah satu ikhtiar, hanya dengan izin Allah, InshaAllah, adalah dengan pengambilan alfafa di dalam diet seharian. Hanya dengan 6 biji maksimum sehari, dengan tawaduknya berdoa, serta berusaha seterusnya bertawakal, Alhamdulillah, telah ramai ibu-ibu yang berjaya mengatasi cabaran penyusuan susuibu ini, termasuk rakan-rakan saya. Saya turut merasai kegembiraan mereka apabila mereka bercerita pengeluaran susu semakin meningkat dan mudah. Alhamdulillah, syukur pada Allah, sedikit sebanyak, saya telah membantu dengan berkongsi sedikit pengalaman saya dan pengalaman orang lain yang telah mencuba alfafa ini. Hanya kepada Allah kita berserah, hanya dengan izinNya, keajaiban boleh berlaku. Alfafa mungkin musabab, tetapi penentunya Allah jua. Oleh itu, berbanyakkanlah berdoa disamping berusaha.

Maklumat lanjut di website SHAKLEE: http://www.shaklee.com.my/eng/prodview_body.asp?prodcode=10159

Untuk menikmati harga istimewa, boleh hubungi saya melalui email: jyl_ly@yahoo.com  atau joelyghafar@gmail.com. Sila beri ruang selama 24 jam untuk saya respon kembali kepada anda.

Your friendly Shaklee Independent Distributor (ID:882852)
\(^_^) Joely (^_^)/