Tuesday, August 2, 2011

Tanam Anak

Tajuk mmg ngeri. Tapi itulah hakikatnya. Walaupun cite ni cite dlm sok kabar, yg kesahihan nya pun diragui (sok kabar skang suka siar isu panas, kesahihan xdpt dipasti, ade tokok tambah atau pengurangan jln cite yg sebenar - wartawan skang sgt kreatif mengarangkan!).

Tapi sekiranya benar, saya rasa pelik, org yg bunuh anak sendiri buleh terlepas hukuman dan dibebaskan. Saya baca lagi, hukuman di kensel sbb testimoni xcukup, cuma ada dari isterinya. Lepas pada dibebaskan, buleh pulak si isteri dan seorg lagi anak, peluk cium si suami yg dituduh. Keluarga ni, bukan keluarga Islam.

Bila baca2 lagi, si isteri dlm testimoni, bitau kata, bila anak dia buat perangai, die cuma bagi pelempang gitu, and ada lagi lah hukuman2 dia bagi kat anak yg buat perangai. Tapi camna sampai boleh mati anak tu? Lepas tu, pegi tanam anak tu mlm2, xckp kt org, so org syak die bunuh anak dia sendiri.

Yang saya rs ngilu tu bila si isteri boleh ckp, pelempang tu amalan biasa mereka dlm mendidik anak, anak dia mati beberapa thn yg lps, kecik lagi xsilap, mesti kuat sungguh pelempang sampai terjatuh kt mn2 kah, pendarahan dalaman lalu mati.

Bagaimana ibu bapa sanggup bg pelempang kt anak2? Tergamaknya buat cemtu kt darah daging sendiri, saya pon kalau dh xthn sgt, saya menangis sendiri, rs hopeless sendiri sbb anak tu xsalah, ibu bapa yg mencorakkn anak2, jd sy xnampak kenapa perlu hukum anak tu secara fizikal. Siket2 tu ok lah, tp yg pelempang penuh perasaan, mcm dlm drama2 kt TV, mmg sy haramkn tgk kalau anak2 ada sama2. Sbb diorg ni mudah terikut2. Apa yg diorg nampak, itulah diorg ikot.

Jadi, asas didikan bermula dr rumah, bukan dr nursery, bukan dr babysitter, walau org ckp, ms yg dispend kt tpt2 tu lg lama utk ibu bapa yg bekerja. Utk future, spy anak2 masa depan ni, berakhlak mulia, kita ibu bapa, kene byk bersabar, kene byk berfikir strategi utk didik anak kt zaman yg serba canggih ni. Kalau tak, hanyut anak2 muda nanti....InshaAllah, selalu-selalu lah berdoa, anak2 kita sentiasa dilindungi Allah dan sentiasa bersama manusia-manusia yg berhati mulia..Ameen...

No comments: