Thursday, October 11, 2012

Lecithin



Sedang bersiap-siap untuk meninggalkan rumah, tiba-tiba telefon bimbit berbunyi menandakan ada pesanan ringkas yang masuk. Hati berdebar-debar, pesanan apa yang masuk pagi-pagi begini, pasti pesana penaja dari syarikat telekomunikasi....hati telah berdetik untuk tidak mahu melihat...

Lalu di meja, mata dikerling ke arah telefon, lalu ditekan punat telefon untuk membaca pesanan yang masuk. Eh, ni pesanan dari manusia...bukan bot..Seorang kenalan baik yang menghubungi melalui pesanan ringkas..berkehendakkan sesuatu yang saya boleh mendapatkannya...

Ilmu saya cetek dalam bab-bab nutrisi, nutrisi yang biasa-biasa tu, bolehlah nak bercerita, tetapi ini LECITHIN..saya sendiri tidak pernah mengambilnya, kerana tiada keperluan..Orang cakap, mesti amik supplement...tapi dengan saya..ikot keperluan...saya tidak memaksa...dan tak mahu memaksa...semua atas diri sendiri yang berkehendak...kerana yang menanggung akibat (baik atau buruk) adalah diri kita sendiri bukan?

Lalu saya bertanyakan kawan-kawan yang lebih berpengalaman, apa perlunya lecithin, buka brosur dan baca apa fungsi nya...buka blog mencari testimonial dari pengguna yang sebenar...lalu diterangkan kepada rakan...

Barulah diketahui...LECITHIN...untuk menurunkan berat badan...menurut teman, lagak lecithin seperti magnet...magnet menarik besi...LECITHIN menarik lemak...lalu dibuang dari system badan kita...simple..itulah yang dapat diterjemahkan secara analogi...

Saya tidak menyimpan stok sebab saya peniaga kecil-kecilan..ada permintaan, saya usahakan, tidak kira besar atau kecil, inshaAllah saya akan usahakan...kalau nak tahu lebih lanjut tentang lecithin ni...carian google dapat memberi jawapan sebenar...kerana saya tidak mempunyai kredibiliti untuk membuat sebarang pernyataan kerana saya bukan ahli nutrisi...saya cuma tahu asas-asas nya sahaja...secara terperinci belum lagi...kalau nak mencubanya, ingin saya beritahu...LECITHIN ini berasas soya...untuk yang alah soya...saya tidak menggalakkan kerana khuatir akan menimbulkan kesan alergi..

Kalau mahu cuba, saya boleh order terus dari stokis dan hantar ke rumah anda..cuma tambahan untuk pengeposan sebanyak RM10. Beli banyak pun RM10, beli sikit pun RM10. Boleh hubungi saya untuk mengetahui harga yang ditawarkan yer!

*LECITHIN sebotol tahan untuk 30 hari.

Hubungilah saya melalui email: jyl_ly@yahoo.com atau joelyghafar@gmail.com. Oh ya! Sila beri ruang selama 24 jam untuk saya respon kembali kepada anda. Terima kasih!

Your friendly Shaklee Independent Distributor (ID:882852)

\(^_^) Joely (^_^)/

No comments: