Hello! Kembali menulis setelah sekian lama blog ini tergantung tanpa penulisan yang terbaru. 2 penulisan sebelum ini, adalah berkaitan dengan produk Shaklee. Ya, saya telah menjadi ahli keluarga Shaklee sebab ingin mencuba sendiri produk-produknya. Masih bayi dalam perniagaan MLM yang boleh dikatakan agak selamat ini. Sesiapa yang ingin mencuba perniagaan ini, sila-silalah maklumkan kepada saya, mungkin saya boleh membantu sebaik yang saya mampu, InshaAllah.
Vitamin yang sedang saya ambil ketika ini adalah yang dikatakan untuk meningkatkan tahap kesihatan kulit. Alhamdulillah, ketakutan menelan pil yang besar telah dapat diatasi. Set untuk kesihatan kulit terdiri daripada VITAMIN B COMPLEX, VITAMIN C dan VITAMIN E COMPLEX. Permulaannya, jadual rutin untuk saya mengambil ketiga-tiga vitamin ini, adalah,
Pagi - selepas sarapan/bersama sarapan - VITAMIN C
Tengahari - selepas/semasa makan - VITAMIN B COMPLEX
Malam - selepas/semasa makan - VITAMIN E COMPLEX
Mesti tertanya-tanya, mengapa saya tuliskan "bersama" dan "semasa" di atas. Mengikut pembacaan saya (lupa pulak website mana), vitamin-vitamin diatas boleh diambil semasa "meal". Bermakna, hanya makan vitamin setelah perut diisi, elakkan mengambil semasa perut kosong! Nama pun "supplement" iaitu "penambah", jadi cantik elok lah vitamin diambil semasa atau selepas makan untuk menggantikan kuantiti nutrien yang tidak cukup dalam "meal" kita itu.
Kenapa pulak vitamin C makan waktu pagi, tgh hari B complex, malam vitamin E pula? Vitamin C, rasanya masam, sama seperti kita makan buah oren, selepas makan buah-buahan, bukankah badan terasa sangat segar? Jadinya waktu terbaik pengambilan vitamin disarankan adalah pada waktu pagi, jadi badan lebih terasa kesegarannya. B complex pulak dipercayai dapat memberi tenaga kepada badan, untuk saya, badan akan mula terasa letih bila sampai waktu tengah hari, jadinya, untuk kembali segar, saya pun mengambil vitamin B untuk kekal bertenaga sekurang-kurangnya sehingga pukul 10 malam. Vitamin E pula lebih sesuai diambil sebelum tidor, kerana vitamin E dapat membantu kita untuk tidur (sila google untuk kepastian). Jadi, untuk yang tidur lewat dalam pukul 11 ke atas, seelok-eloknya disarankan ambil "supper" sedikit seblum makan vitamin ini.
"Cheat" tips dari seorang yang susah nak telan pil macam saya, sekurang-kurangnya, tak perlu nak makan pil banyak-banyak dalam satu masa. :) Sekarang dan berani telan banyak-banyak, jadinya, Vitamin C dan Vitamin B diambil sekali harung selepas sarapan, dan Vitamin E selepas makan malam. Alhamdulillah, setakat ini, badan dah kurang rasa letih-letih, dah jadi rajin memasak, sebab tenaga masih berbaki bila sampai rumah, jimat wang rumah. Anak-anak pun suka sangat sebab dapat makan masakan saya. Alhamdulillah, syukur, kesihatan kulit saya pula, tidak berani nak kata apa-apa sebab kulit saya memang kurang masalah (bukan tiada langsung), cuma dah kurang bintil-bintil (macam ruam) yang tetiba muncul suatu ketika dulu setelah memakai cleanser. Oh ya, saya memang tidak memakai cleanser, cleanser saya adalah wuduk..:) Jangan tiru saya, mungkin tak bagus untuk kesihatan.
Berminat untuk mencuba? Jangan segan-segan, boleh cuba sedikit untuk keserasian dengan badan. Saya dulu pun makan untuk sebulan, bila dah serasi, baru diteruskan dengan rasa yakin!
Hubungilah saya melalui email: jyl_ly@yahoo.com atau joelyghafar@gmail.com. Oh ya! Sila beri ruang selama 24 jam untuk saya respon kembali kepada anda. Terima kasih!
Your friendly Shaklee Independent Distributor (ID:882852)
\(^_^) Joely (^_^)/
No comments:
Post a Comment